Tuesday, March 02, 2010

Bored!!!!

Do U Know What's Worth Fighting For???

kalau aku tau lah macam ni jadi nya..lama dah aku stop...
tapi nak buat macam mana..dah aku suke...aku teruskan je...
hidup umpama judi...kalau takut..xde lah untungnya..kalau berani..
terima lah padah nya....

When It's Not Worth Dying For...???

cuba lah sedaya upaya pon..kalau bukan itu jalan ceritanya..
xjadi jugak...kualiti penting dari kuantiti..
taburlah segala macam harta kalau hakikatnya xboleh beli CINTA
anugerah pada yang memerlukan..

Monday, February 01, 2010

Hidup Biar ORIGINAL.....

"...macam mane pon..xkan aku nak hidup dengan someones yang suke MENIPU??"

 assalamualaikum..

sometimes kite lalui jalan hidup yang berulang2 walaupon kite sedar dulu pernah kite lakukan kesilapan yang same..tapi kite still lakukan nye lagi...susah kita nak elak kan tapi bagi aku itu sesuatu yang kita XDAPAT nak elak kan ...

hidup sehari2 menghukum sesiapa saja yang sering melakukan kesilapan..walaupon di awal nye di mulakan dengan perancangan tetapi lain jadi nye dipertengahan...kadang2 care hidup kite yang terlalu memaksa kita melakukan benda yang same berulang2 tanpa kita sedari atau tidak...TERPAKSA atas sebab jalan HIDUP kita begitu....

merubah orang lagi susah pada kita merubah diri sendiri...tekanan yang dihadapi setiap insan adalah amat berbeza..senang bagi kita..susah bagi die...perlu bagi kite...xperlu bagi die...kesesuaian yang penting bagi setiap pertemuan dua jiwa dan latarbelakang yang berbeza...kite perlukan keserasian yang betul dan tepat bagi menjayakan perancangan kita...tak salah untuk mencuba..

kesilapan hari ni aku harap xkan berulang lagi esok..itu hanya harapan..mungkin ia tinggal harapan..tanpa aku sedari banyak benda aku tinggalkan demi sebuah perkenalan...arghhh...semua itu jalan hidup yang perlu aku lalui...aku akur dengan jalan itu..aku susun sepuluh jariku berdoa kepada tuhanku semoga hidupku lebih tenang selepas ni...amin......


astalavista...

may ALLAH bless u ....

Thursday, January 07, 2010

Member to Remember...

assalamualaikum...
pergh lame gile aku xupdate blog ni..
rindu woo...tapi apekan daya....banyak KIJE...almaklum lah dah kije gomen ni..
banyak plak kursus2 nye..sebulan ritu aku kursus...bapak lame..duk kat ujung selangor nun kat

sabak bernam kuala selangor...kursus induksi kat Institut Perakaunan Negara...
best woo banyak pengalaman..walaupon agak perit lah jadual coz terlalu pack...tapi
best gile aku rase sebab dapat jumpe bebudak satu batch ngan aku mase awal2 mendaftar
jadi penjawat awam..perghh ayat xhengattt..hahahaha...jumpe balik bebudak tu..rase best gile..
macam2 aktiviti buat kat sane..tapi motif kursus kat sane utk dengar ceramah2
tentang keje kerajaan lah..biaselah kan aku ni budak baru belajar..hehehehee...


mmg best dpt kursus mcm tu...merapatkan lagi hubungan sesame2 penjawat awam...hehehee..

lepas balik kursus sebulan tu..aku terus kene keje outstation kat KEDAH  ....
penat sioot....aku xcuti beb...gile babas alagapas lah...pegi kedah seminggu...aku ikut program
KUTIPAN PINJAMAN emm...kire aku buka kaunter bayaran kat sane lah utk peminjam2 yang nak
buat bayaran pinjaman...1st time follow program kutipan ni...agak letih..nak2 aku baru balik dari kursus...
tapi still enjoy sbb dapat pegi keseluruhan KEDAH..satu pengalaman yang agak menarik lah..
walaupon bekerja tapi tetap seronok...xper2 next time aku nak gi lagi sane...yang best kat ALOR SETAR jalan die mcm Bukit Bintang tu..hahahaha...xde lah gurau2 je..tapi bandar yang cantek lah...

awek2 pon cantek2..hehehee.e....
oklah kat sini aku letak pic2 sepanjang aku menghilang kan diri k...
tapi watch up 2010 aku kembali ngan azam baru aku..nak update slalu blog aku nih..
hahahahaa...ok mcm biase..ade mate pandang...ade mulut cakap...ade hidung bau...ade telinga dengar...
ade rambut???pacak..hahahahhaa...
ok chow shin chiiiii

astalavista...........

Wednesday, November 04, 2009

MIM.pi




ku mimpi kan yang sempurna
walau dirimu tak ku punya
mimpi ku indah penuh tawa
namun tak pernah kita bersua

namun fajar tak pernah lewat
datang nya tepat tak kira tempat
makin ku lelap tak seperti lewat
tetap mimpi ku lenyap seperti kilat

siang ku panjang terang benderang
setiap detik ku terkenang kenang
apakah mimpi ku akan berulang
malam ku nanti mimpi kan datang

seperti senja tak berlabuh lagi
pergi nya mentari sangat ku nanti
cahaya seri bakal berhenti
malam ini mimpi yang pasti

malam ku tiba sekali lagi
namun mimpi ku tunggu tak ku temui
malang sungguh malam ku ini
namun WAJAH mu ku ingat sampai MATI...

Wednesday, October 28, 2009

20 perkara BUAT pompuan MENYAMPAH kek LELAKI


Wahai kaum ku semua ...berhati2lah kerana 20 perkara ini boleh membuatkan kaum wanita menyampah dengan kaum kita lelaki.. hua hua hua....


1. MENINGGIKAN SUARA

Tahulah lelaki dikurniakan suara yang 'macho' tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.


2. MAIN KAYU TIGA

Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.


3. SUKA 'CUCI MATA'

Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!


4. MENGONGKONG

Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena report dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, lelaki akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti yg biasa di lakukan lelaki di soal siasat oleh kekasih... macamana tu?


5. EGO

Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.


6. MENIPU

Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji yg ditaburkan. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.


7. PERASAN

Aduhaiii... lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu... ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji... hehehe!!


8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI

Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Lelaki juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih... egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.


9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN

Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya... mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.


10. CEMBURU BUTA

Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!


11. MATA DUITAN

Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya 'lelaki spedo'. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan... apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!


12. KOMITED TERHADAP KERJAYA

Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa...


13. PANAS BARAN

Aduiii... masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah ! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah!!!

14. KAKI MEROKOK

Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak... asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak... membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR

Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah... hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH

Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh.tp x semua tau!!! Macam 'food machine'. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?


17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN

Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.


18. TIDAK TAHU MEGHARGAI

Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.


19. PUTAR BELIT

Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.


20. SUKA KONTROL MACHO

Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga! ..kaum lelaki berhati2lah yek..jaga tata susila kita sbg lelaki..hehehe!!



p/s: gambar xde kene mengena ngan ini story..wakkakaka (ASTALAVISTA....)

shootout