Monday, June 16, 2008

A D A M


BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI


Pada suatu ketika, Allah SubhanAllah Wa Taala menitahkan kepada malaikat Jibril supaya

turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi , bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, ia tidak dapat berbuat apa-apa, mendengar sumpah bumi. Begitulah seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan yang hampa. Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.

Kata Allah: ' Hai Izrail engkaulah kini yang'Aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu.'


Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil. Setelah Izrailmengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.


Lalu Allah berfirman :'Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.'

Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang dibenci oleh umat manusia.


Lalu Allah berfirman lagi: 'Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.'


TANAH YANG BAGAIMANA DIJADIKAN?


1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis

2. Tanah Bukit Tursina

3. Tanah Iraq

4. Tanah Aden

5. Tanah Al-Kautsar

6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah

7. Tanah Paris

8. Tanah Khurasan

9. Tanah ( Babylon )

10. Tanah India

11. Tanah Syurga

12. Tanah Tha'if


Kata Ibnu Abbas :


1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis, kerana di situlah berada otak manusia, dan disitulah tempatnya akal.

2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.

3. Dahinya dari tanah Iraq , kerana disitu tempat sujud kepada Allah.

4. Mukanya dari tanah Aden , kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.

5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.

6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.

7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama, sesama manusia. 8. Tangan kirinya dari tanah Paris , tempat beristinjak.

9. Perutnya dari tanah Babylon.Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.

10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.

11. Dua kakinya dari tanah India , tempat berdiri dan jalan.

12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana di situlah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.

13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan mendoakan kepada Tuhan.


Bagaimanakah prosesnya :


1. Ketika Allah akan jadikan Adam, tanah itu dicampuri air tawar, air masin, air hanyir, angin, api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam 'sifat'.

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman 'Jabarut' kemudian diletakkan didalam 'Alam Malakut'.

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan 'tubuh Adam' adalah tanah pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah , wangi-wangian dari sifat Nur Sifat Allah, dan dirasmi dengan air hujan 'Barul Uluhiyah'.

4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air 'Kudral-Izzah-Nya' iaitu sifat 'Jalan dan Jammal'. Lalu diciptakan menjadi tubuh Adam yang sempurna.

5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia pula merasa malas dan enggan, malah ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar.Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk, akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.


Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit kita sekarang ini. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan: yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Hal ini kita biasa lihat meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.


Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.

Tujuh buah liang di kepala, dan dua buah liang dibawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya di kepala : dua liang mata, dua liang telinga, dua liang hidung dan sebuah liang mulut.

Yang dua macam di bawah : sebuah liang kemaluan dan liang dubur.


Dijadikan pula lima buah pancaindera :


1. Mata alat penglihatan

2. Hidung alat penciuman

3. Telinga alat pendengaran

4. Mulut alat perasa manis, masin dan sebagainya.

5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk perasa halus, kasar dan sebagainya.


Setelah Roh masuk ke dalam tubuh Adam : Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.


Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.

Dahulu Izrail ditugaskan mengambil tanah untuk Adam, dan kini dia pula ditugaskan untuk mencabut nyawa umat manusia.

Setelah itu meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna.

Kemudian terjadilah matanya seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri dan ke kanan.

Dan juga melihat ke bawah di mana bahagian badannya masih merupakan tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu Adam telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya mengucap Alhamdulillah.

Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah.

Lalu Allah berkata: 'Yarkhamukallah' yang ertinya:'semoga engkau diberi rahmat Allah'

Oleh kerana itu jika orang bersin menjadi ikutan sunat mengucap'Alhamdulillah' dan orang yang mendengarnya sunat mengucapkan 'Yarkhamukallah'.

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal bahagian badannya kebawah masih menjadi tanah keras.Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).

Sebagaimana firman Allah SubhanAllah Wa Taala bermaksud : 'Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa'.(Al-Israk:II)

Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar.

Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh Adam, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang, urat-urat, berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian bagus dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia baru, maka dialah merupakan jenis makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum lihat Adam yang begitu menawan.

Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni langit pertama hinggalah yang ketujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

Saturday, June 14, 2008

KAMUS DEWAN PACAT [KDP]


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua peminat2 saya yang sanggup menunggu input-input baru dari nukilan kreatif saya. Disini, pada episod ini dengan perasaan bangga dan terharunya saya ingin berkongsi beberapa istilah atau rangkai kata yang telah dipetik di dalam naskah ke2(cetakan semula2008) edisi EMAS dari KAMUS DEWAN PACAT 1983/4D(2a.i.). Ia amat berguna didalam kehidupan seharian kita samada dari segi percakapan seharian mahupun ketika kita menulis atau ber YM(yahoomessager lah...takan itupun korang tak tau). Perkataan-perkataan ini saya tampilkan sekali bersama maksud dan teks ayat untuk lebih jelas dan lebih senang di fahami.


Pada kali ini saya akan menampilkan 3 perkataan yang terdapat dalam kamus itu.



  1. kacay - kacau

struktur ayat : ''Jangan kacay aku..aku tengah sibuk ni'' kata pacat kepada paus.



2. kiar - kuar (keluar)


struktur ayat : ("bila lah PAUS ni nak kiar.....memanjang online jee..keje taknak buat") bisik hati pacat.



3. kpoi - tolong


struktur ayat : "kpoi lah jangan poyo minah PAUS ni.....taktahan aku dibuatnye..." offline message dari pacat kepada PAUS.



extra(penggunaan ketiga tiga rangkai kata didalam satu ayat)



"KPOI lah jangan KACAY aku paus...KIAR ko dari sini....." kata pacat kepada PAUS yg selalu mengganggunya.



* nama dan watak adalah rekaan semata mata tiada kenemengena dengan seseorang individu yg masih hidup lagi..ber warganegara malaysia yg menetap di Sydney..berkerja sebagai typist...



Sekian sahaja sesi ilmu kita pada kali ini. Dari ketiga tiga rangkai kata tadi dapatlah kita sama sama memahami sedikit sebanyak perkataan yang bukan baru tetapi jarang jarang di gunakan oeh masyarakat kita. Dari itu mulai hari ini marilah bersama sama kita mengguna kan ayat ini didalam perbualan kita seharian, bagi memartabatkan lagi bahasa kita yang penuh dengan keindahan.


Sekian Terima Kasih.

Thursday, June 12, 2008

C I N T A


SAMA-SAMA KITA RENUNGI DAN..... APAKAH AKAN KITA TEMUI ORANG YG SEBEGINI?

1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapadia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamusatu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidakperduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadiimpiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati danmatanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badankamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamulalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmatpagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lainlagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "akuCINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlisyang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkanselamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dialalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudahmelupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dansaat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bolehberulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamuucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernahmengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapabanyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kaumusnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemarankamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apakegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminatikesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, ataubatuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanyakeadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bilaujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'goodluck' untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yangmungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itusangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakapdi telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itudia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan inginmenghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasamemberikan nasihat agar kamuwaspada dengan persekitaran yang boleh membawapengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takutkehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripadaseperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL sepertimenelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengahmalam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkankamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukanhal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakantindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akanmelakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimudgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan diabegitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak darimenunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasisebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupunia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia jugamenyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadibenda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksimenolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu,walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain.Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinyasebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana diatidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, diapergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

[ Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada,jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... kamu akan menyesalmelakukannya! ]

Wednesday, June 11, 2008

M I N Y A K


Saye sebagai penduduk negare malaysia yg berjiwa patriotik dan mesra penggune ingin mencadangkan langkah2 alternative utk mengurangkan beban para2 pengguna kenderaan atas kesan kenaikan harga MINYAK di tanah air kita...disini saye tampilkan beberape langkah yg boleh kite sesame manfaatkan..


  1. berjalan kaki ke tempat keje(mcm kawan aku tu..tapi die leh lah duk sydney umah plak sejengkal aku pooonnnn bleh....)

  2. menaiki kenderaan awam spt bas,teksi(kalau bleh korang cari teksi tunai..untung2dpt duit lagi)lrt,komuter,monorail,ERL..beca(tiada di KL arap maaf)

  3. menaiki kenderaan yg tidak berinjin petrol mahupun diesel spt basikal,skateboard,rollerblade mahupun rollercoaster(kompem tak sampai2...)

  4. tukar enjin kenderaan anda kepade enjin yg lebih kecil penggunaan minyak nye..spt wira1.3 convert enjin kancil 660(kompem saving)

  5. tumpang kawan2 rakan2 mahupun jiran tetangge anda jike ingin kemane2...

  6. duduk umah sahaje sepanjang hari...kompem tak gunekan minyak....

sekian saje lah pendapat dan cadangan saye utk menangangi kenaikan harge minyak kite...sampai sini saja yg mampu saye pikirkan yg selebih nye....haaaaa LU PIKIRLAH SENDIRI......assalamualaikum.....

W A N I T A


> > > Ilmu yang harus dimiliki oleh lelaki
> > > terhadap wanita...supaya kalian saling
> > > memahami ..
> > >> > > Sifatnya seorang wanita...
> > >> > > "1. Sensitif : Bukan bermaksud suka
> > > merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan
> > > mendapatkan perhatian.
> > >> > > 2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak
> > > tentu hala, kadang2 ingin LELAKI
> > > mengikut kata-katanya sekali sekala.
> > >> > > 3. Halus : Ibarat sehelai sutera,
> > > cantik, mulus, lembut dan mudah
> > > tercarik dan koyak. Walaupun seorang
> > > wanita memaafkan seseorang yang lain
> > > atas sebab kesalahan, biasanya WANITA
> > > akan ingat kesalahan tersebut untuk
> > > disimpan jadi pengajaran. Bukan
> > > DENDAM.
> > >> > > 4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak
> > > perlu diragui.
> > >> > > 5. Korban : WANITA sanggup berkorban
> > > apa saja untuk seseorang yang amat
> > > disayangi, termasuk ibu bapa, anak-
> > > anak dan suami. WANITA amat tabah.
> > >> > > 6. Prihatin : Sentiasa memerhatikan
> > > keadaan sekeliling dalam diam.
> > >> > > 7. Manja : Walaupun dia adalah seorang
> > > WANITA yang pandai berdikari, naluri
> > > seorang WANITA masih lagi tetap
> > > seorang WANITA. Suka bermanja bukan
> > > hanya kepada insan yang bernama
> > > LELAKI , namun juga sesama kaum.
> > >> > > 8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan
> > > kekasihnya sanggup menolak ketepi
> > > EGOnya apabila bersemuka dengan yang
> > > dicintai.
> > >> > > 9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita
> > > adalah yang paling dalam dan tulus.
> > >> > > 10. Seks : SEKs bukanlah segala-
> > > galanya buat WANITA kerana WANITA
> > > diciptakan dengan 9 nafsu dan satu
> > > akal. NAFSU yang banyak dan tidak
> > > tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula
> > > dijadikan dengan 9 akal dan satu
> > > nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing
> > > WANITA dan bukan menghanyutkannya.
> > >> > > ** "Peranan LELAKI dalam kehidupan
> > > WANITA adalah sebagai pelindung dan
> > > bukan sebagai pemusnah.
> > > WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari
> > > tulang rusuk kiri dan untuk dipeluk
> > > dan dimanja, bukan untuk dikasari.
> > >> > > "Maka lelaki haruslah memahami HATI
> > > dan PERASAAN WANITA"
? ? ?

shootout