Friday, July 10, 2009

10 Cara Untuk Menyayangi Seseorang....


>>> 1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
>>>
>>> 2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
>>>
>>> 3.Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.
>>>
>>> 4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
>>>
>>> 5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
>>>
>>> 6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.
>>>
>>> 7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
>>>
>>> 8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
>>>
>>> 9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.
>>>
>>> 10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.

Kebaikan Bercouple dengan Tak Bercouple


eloow....
aku just nak bagi pandangan or pendapat aku
pasal couple atau xcouple mane lagi elok....yelah..sbb ramai gak
orang cite pasal nii ...so aku nak bagi point aku lah...mane yg lebih baik..couple or not..

memule aku nak point kan kebaikan bercouple k
  1. paling penting bile cuti bleh dating(heheh..tgk muvee,makan,shopping2.etc.)
  2. malam2 boleh call..
  3. bile sakit ade org nak take care...
  4. boleh kongsi masalah..
  5. boleh gi bercuti same2
  6. raye leh datang umah..
  7. boleh poyo ngan member2(lagi2 awek korang cun mcm nora danish..huahuahua)
  8. hari2 gf/bf tanye khabar..
  9. tengok wayang bleh duk couple seat(wakakakaaak)
  10. boleh celebrate birthday same2
  11. boleh celebrate valentine days
  12. boleh celebrate new year same2..(mcm lebih kurang je ngan kat atas....haahhaa...)
  13. puase boleh gi berbuka sesame..


cukup kot....itu je yg terpikir dlm kepale hotak aku nih...ok aku point kan plak kebaikan xde couple a.k.a single & mysteriable(wakakakkaa..same ngan trendy nii...wakakak)
  1. yang paling penting BEBAS..(hahaha..uat ape2 pon xterkongkong...wakakak..betul x?)
  2. save duit..(xpayah asyik nak belanje couple je...)
  3. prepaid @ bill tepon kompem JIMAT..(xbanyak nak gayut ari2..beshhnyee...)
  4. Otak xbeserabut ngan problem2..(kalau bercouple..asyik nak pikir masalah couple je..suck!)
  5. mase banyak untuk enjoy ngan kawan2...(huahuahua..ni yg paling besh...kuikuikui)
emm.....itu je lah yg aku dpt himpun kan...so pandai2 lah korang pikir2 yg mane lebih elok..couple ke x....aku just tulis pandangan n pendapat aku je...keputusan kat tangan korang gak kan..hahahaha

*(alamakk...asal kebaikan bercouple lagi banyak plak...aduyaaiiiiii....malunye aku....mati aku kali niii...arrghhhhhh.........tensen.........nak gi cari awek lah pasniii......wakkakakakaka)

shootout